Selasa, 4 September 2018

Tuan tanah


4 September 2018
Tuan tanah tak selalu keluar πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…cuma menjadikan blog ini untuk meluahkan rasa jerrr🀭🀭🀭🀭

#notakaki:update with my oppo f7✌️✌️✌️

KISAH SEAKAN AQ

#nota kepala:ni bukan kisah aku,tapi kisahnya seakan kisah AQ,bezanya AQ jaga ibu mertua

SANGGUPKAH KITA?

Arwah mak saya meninggal dunia pada 2004 akibat kanser. Sejak disahkan menghidap kanser paru2 pd 2001, kesihatannya mula turun naik. Sepanjang tempoh itu, arwah menjalani rawatan kemoterapi selain kami berusaha secara alternatif. Dan alhamdulillah, walaupun doktor jangka hayat arwah cuma setahun tapi arwah mak saya survived hingga 3 tahun.

Sepanjang arwah mak sakit, selain abah dan adik2 yg menjaganya, saya dan suami juga akan mengambil alih tugas itu sekiranya arwah buat kemoterapi di HKL atau HUKM. Penat menjaga org sakit ni tp suami saya akan marah kalau saya merungut. " Itu emak awak tau. Bukan kawan2 awak. Jangan sesekali mengeluh depan mak" katanya.

Suatu hari semasa di kampung, *arwah mak saya terbuang air besar di atas katil manakala najisnya juga jatuh bersepah*. Tahu apa suami saya lakukan? Dia mengelap najis itu tanpa rasa jijik dan menyuruh saya membersihkan arwah mak di bilik air. Sewaktu memandikannya, arwah mak berulang kali minta maaf tapi saya katakan, "buat apa nak minta maaf. Mak bukan buat salah pun. Sekadar terbuang najis; benda kecil je".

Ketika itulah juga saya lihat arwah mak saya menangis dan dia berdoa dengan kata2 yg tak mungkin kami lupakan sampai bila2.
" Ya Allah..ini adalah anak2 aku yg berbakti kepada aku sepanjang aku sakit. Ini adalah anak2 aku yg tidak pernah berkeluh kesah.  *Anak2 aku yg sanggup mengotorkan tangan untuk najisku*. Aku berikan keredhaanku sebagai seorang ibu dan Kau limpahkanlah seluas2 rezeki dan kekayaan pada mereka hasil bakti mereka padaku". Saya dan suami terus terkedu bila mendengarnya!

Tiga minggu selepas itu arwah mak saya meninggal dunia dengan kata2 akhirnya yg disampaikan pd abah bahawa dia sudah mengampunkan semua dosa anak2, menghalalkan segala pengorbanan serta air susunya. Anak2 tidak berhutang satu dosa pun padanya.

Utk sahabat yg bertanya itu...inilah kisah bagaimana kehidupan saya bertukar. Bukan kerana saya kawin dengan anak orang kaya kerana suami saya bukan anak yg suka menumpang pd kesenangan ibu ayah. Tapi kami merasai segala nikmat rezeki itu sebenarnya datang dari berkat doa dan keredhaan seorang ibu!

Saya selalu nasihatkan pada sesiapa, *jgn berkira langsung dengan ibu bapa*. Bukan mahu membangga diri tapi sejak saya kahwin, saya langsung tidak ambil kesah berapa yg suami saya peruntukkan utk ibunya. Berilah berapa saja dan saya tak pernah buka mulut.

Pernah satu ketika, suami  beritahu dia mahu memberi semua duit hasil penjualan ayam pd ibunya sebagai hadiah. Mmg ada rasa sedikit terkilan tp suami saya beritahu, redhalah.. Nanti akan ada rezeki yg lebih luas utk kami.

Sebenarnya, utk memperoleh pahala, tidak perlu kita mengangkat senjata di medan perang sebaliknya jika masih ada ibu bapa kandung atau mentua, berbaktilah pada mereka. Walaupun mereka cerewet atau seperti kebudak-budakkan yg mungkin boleh membuatkan kita rasa kecil atau panas hati, berlapang dada lah. Pengorbanan ibu bapa membesarkan kita  lebih besar berbanding rasa hasutan hati itu.

Saya dan suami percaya rezeki itu datang dari Allah tapi kami juga percaya doa dan keredhaan ibu bapa  jugalah  yg akan membuka lorong2 rezeki itu. Kerana doa ibu bapa tiada hijab dengan Allah. Gembirakan mereka dan inshaAllah mereka akan mendoakan yg terbaik utk kita. Percayalah!

Perkongsian oleh: Ruhaiza Rusmin

#nota kaki:memang tak dinafikan,benar2 terjadi dalam hidup sendiri,hidup terasa lapang Selapang lapang nya, hubungan dengan ALLAH pun terjaga.cerita bukan untuk riak tapi lebih kepada memotivasikan sesiapa yang melalui situasi iniπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

#ALLAH SENTIASA BRRSAMA MEREKA YANG BERSABAR,YANG PENTING PEDULIKAN MULUT2 YANG BERINSURANS TERLEBIH πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Isnin, 29 Januari 2018

IF YOU IN MY SHOES



29 JAN.2018

Jika diam itu lebih baik dari bersuara😒😒😒😒.aq lebih memilih untuk berdiam,kerana aq tahu kelemahan ku.Aq tahu aq tak mampu,kerana aq sedar siapa pun aq...aq tetap dipandang sebelah mata😒😒😒😒aq hanya mampu
        

                          MAAFKAN AQ

Jumaat, 4 Mac 2016

AQ MASIH DI SINI

4th mac 2016

Hahaha........tajuk tak boleh blah;)))) cuma nak habaq ja....aq ada ja kat sini,tapi cuma malas nak menulis,menaip......kahkahkah..........boleh plak cenggitu erk.....hehehe....yang aq tahu blogwalking.Dah macam2 blog aq walking.......blog mistik,susunatur,jalan2,huhahuha.....segalnya lah,kalau blog agak2 besh....aq follow la ;))))))

             jom kita ber blogwalking


Isnin, 15 Disember 2014

wahhh.....bestnyerr,alhamdulillah rezeki

15 dis.2014 Assalamualaikum....uols....aperr kabor....hihihi.....hari ni nak citer ni.sabtu dan ahad semalam iols gi bermalam kat KSL RESORT pergh.....best gak la,tapi tu la....qame sangat manusia.maybe hari sabtu kot time peak checkin hotel.Tapi kalau sesiapa nak pak percutian ala2 mewah plus selesa dan bandar2 gitu kat Johor ni,memang KSL RESORT sesuai la untuk korang.Boleh cakap under one roof lah.Mall ada,wet world ada,kolam ada,tengah2 bandar lak tu.Iols stay kat apartment,keluarga besar kan.....apartment adalah tempat selesa lah untuk kitorang...ngeh...ngeh....ngeh....just nak cakap la tempat macam tu 'CA YA NUN ALIP'(bahasa jawi) memang ramailah.Nak cakap banyak pun tak tau kan pas ni uols layanz...jerrlah gambar2 nyer k.sesiapa nak gi situ cuba2la buat tempahan ikut agoda,harga tu boleh lahhh.....untuk yang nak budget2;))))
Cuma satu la nak citer ngan korang ni,kalau stay kat apartment nak jalan ke wet world tu memang jauh la,so nak apa iols buat,dari apartment tu iols turun tempat parking ngan baju mandi,Naik kereta pergi kat tingkat 6 bangunan hotel,park betul2 depan pintu ada escalator,than naik ke level 7,sebab kolam ngan wet world tu kat level 7;))))ehh...satu lagi....kalau kita stay kat situ,wet world nak masuk free tau.....euww....
Kat dino wet world dinosaurs tu memang gerak2 and ada bunyik2 tau,siap dino tu pancut2 air lagi,anak iols yang 2 tahun tu takut uols hehehe.....Nak mandi pun nak pakai baju sukan ok jerr,tak ketat sangat,iols ok jer
Ok takat tu jerr lah iols citer,penat pulak korang nak baca k lah daaaaaa......
SEE THE NEXT UPDATE;)))))

Isnin, 8 Disember 2014

8 dec 2014 Assalamualaikum....hellooo....guys,nak cuba hupdate ikut phone nih;)))) ok tak....Ok tak....daaaa

Khamis, 28 November 2013

lama tak hapdet

hampunnnnnn ya semua,mood tak ghajin tinggi gi aaaaa.....tapi masuk rajinnnnnn..... blogwalking pun selalu.Jangan marah haaaa.............nnt kena jual;)))))))
layanzzzzz dulu yang ini yer.sebenarnya banyak crita nnt2 lah tengah dok menggila blogwalking la.sekarang jumpa blog2 susun atur lak ok chaiyok

Jumaat, 1 Mac 2013

nak buat pasport

Sebenarnya dah lama post pasal pasport ni aq nak kongsi ngan semua,just berkongsi pengalaman...;)))))kalau nak buat pasport ni sebenarnya ada banyak syarat gak sebenarnya.pengalaman mmg selalu mematangkan fikiran kan,sebenarnya mmg dah lama nak buat pasport ni sejak bepindah kat johor ni,tup....tup...bila dah dengar belanjawan 2013 yang anak2 nya pasport dah boleh buat  untuk 2 tahun aja pada harga rm80  tu yang sabar masuk tahun baru tu.Tu yang bila masuk 2013 terus pi buat tuh;))))dan kepada sesiapa[terutama yang ada anak kecik]  yang bercadang nak buat pasport aq cadangkan baikla korang pi ambik gambar kat jabatan imegresen aja...[kat sebelah imegresen skang mmg ada kedai gambar dah]sebabnya..................aq dah kena ngeee.......aq pi ambik kat kedai gambar biasa la kat luar tup....tup dah buat apa semua siap mai tang kelulusan pegawai diaorang terus reject ha....tengok gambar ni
ni gambar yang aq ambik kat luar[dorang reject cam ni tau ka]

ha....tengok gambar kat pasport ni lak[depa nak cam ni la ada background biru tu]
<
<
<
<
<
<
<
<
<
Dah habis satu cerita tup...tup.....cita lain plak.....anak aq yang no 2 tak cap jari lak....hah pulok....dah la tak siap sorang nya pasport anak aq, dah tu bagi syarat lak kena pi hospital kerajaan untuk buat kelulusan doktor yang anak aq tak dak corak kat ibu jari dia huhuhuhu........ tu baru nak buat pasport,sok2 nak buat ic cam no?????????;((((((sok2 aq cita pasal anak yang no 2 na))))) ni dia tak dak,pi sekolah.Nanti ank aq ada leh ambik gambaq dia leh buat conto hehehe......[jumpa lagi na]
 
 
 
 
 
 
 

Isnin, 31 Disember 2012

selamat tinggal 2012







Assalamualaikum.....hari ni dah penghujung tahun 2012,maka esok bermulalah tahun 2013.Sekejap masa berlalu,pejam celik pejam celik dah setahun kita melalui setiap tahun.Kalu nak diflash back  balik banyak perkara besar dan kecik berlaku pada aq dan keluarga pada tahun ni. Bermula dari awal tahun kami sekeluarga mendapat peluang memiliki rumah sendiri setelah hampir 12 tahun aq dan suami berkahwin,ALHAMDULILLAH syukur pada Mu Ya Allah,setelah mendapat tahu kami bakal mendapat rumah apalagi seronok nya hanya Allah jerr yang tahu.....orang tak pernah ada rumah sendiri hehehe;)))))macam2 nak buat mula la ushar kabinet lah,hiasan dalaman la....sampai blog pun dah bersawang punya dok gila menservey....pastu aq sekeluarga balik kekampung nak berkongsi khabar gembira dgn family kat penang,kebetulan pulak bulan 3 ada cuti sekolahaq dan suami sepakat nak bawa anak2 naik keretapi,sementalah aq lak tak pernah menaiki keretapi soo....ambik kesempatan nak rasa naik keretapi.Akhirnya bulan 4 aq sekeluarga dapat berpindah masuk ke rumah baru,masa dok sibok2 persiap masuk rumah baru aq lak mabok2.....mulanya nak beli ubat kat farmasi ja....suami la kata cerr...check dulu ntah2 ada isi....hah kau rezeki tuhan datang sekali ngan rumah baru,tambah ahli keluarga baru dalam hidup kami;)))).Tiba2 sesuatu yang sedih telah berlaku dalam hidup kami apabila MIL aq meninggal pada 24 SEPTEMBER akibat sakit kanser.Dan pada 5 NOVEMBER aq selamat bersalin anak aq yang kelima yang aq namakan Rahmah berkesinambongan dari rahmat yang kami dapat pada tahun ini bersama sama ini aq sertakan gambar2 pada tahun ni so...LAYANZZZ......

Rabu, 21 November 2012

dahhh...selamat bersalinn.....ALHAMDULILLAH




Senyap bertaunn.....tau tau dah bersalin.HAAAAA.....tu la punca senyap dia hehehe...cerita nyaa....mulanya dok sibok ngan nak pindah tup...tup.....tengah dok sibok pindah tu mula mabuk+pening+demam.Seb baik en.hubby  suruh beli pregnent kit dulu,sebab mula ingat nak beli panadol ja lup telan sonangg....hah amekaw cek...cek...2 bar apa cer....apa gi pas tu....senyap terus...FB kemana CV kemana hehehe....takutt....kenan ke anak sat gi keluaq2 dok gila MUKABUKU ngan GAME hah....baru nak haru-biru.Tengok blog sendiri pun dah bersawang,kalau berjambang mau dah berbauk hehehehe....Apa-apa pun layanzz....pic-pic anak aq ni ok.

Selasa, 6 Mac 2012

PINDAH


Sekarang nie tengah dok sibok mengemas sebab taka lam lagi aq sekeluarga dah nak pindah,banyak juga blog2 yang aq walking nak tau info pasal pindah nie,ermm....kalu nak tau pasal pindah ni tak lah susah sangat kat blog2 banyak gak la pasal pindah yang boleh kita dapati.Tapi tu la...sebenarnya kunci rumah baru aq tak dapat2 lagi.Sebenarnya aq ni beli rumah teres yang dah siap,duit muka semuanya dah bayar termasuk duit air sekali,cuma tunggu bank realeasekan duit pinjaman aja kat pemaju aja,tapi tak release2 lagi......fuhh.....lambat ka????Ada sapa2 yang tau pasal ni:((((((

Sabtu, 11 Februari 2012

PAPAN KENYATAAN

SPAM

wahwah besar tajuk aq qini muahhahahah.....walawalah penting ka????uish penting (bagi aq la ngee...ada la satu link ni just nak bagi tau aq tak derr...kena mengena ngan dia ya sebabbb............ish2 utk 18 hokeh.Ngeri ntah kenapa dia iklankan blog aq tak tau la ermm....

hahaha.........dah bersawang;)))))

hahaha.........lama gila tak hupdet ngee...;)))))dah masuk setaun fuh gilerr....bukan hapa,dok gila ngan ctv ala....permainan bandar kat facebook tuh:)))).gila batak aq ngan game ni,ntah apala...penyakit aq dah tersampuk:))))


wahwahwah.......nak letak gak gambaq ctv aq nih...:P perah santan ada hati amacam...amacam ada qopa leh jadi datok bandar ka hehehe

Khamis, 24 Mac 2011

Ayat Al Quran penawar segala penyakit. Dimanakah rasionalnya?

Ayat Al Quran penawar segala penyakit. Dimanakah rasionalnya?

sekadar mengadu


23MAC2011
Terlalu banyak cerita yang aq alami sepanjang tahun ni:(((((Bapa saudara aq telah kembali kerahmatullah pada 19 mac hari tu,sedihnya masih belum hilang kerana terasa banyak kenangan yang kulalui bersamanya,semasa kecil dan sebelu berkahwin....ahh...memori lama terlalu indah untuk dikenang.....masa....bukannya boleh diputar kembali....kekadang zaman kanak2 memamg seronok...tapi bila melalui episod duka rasa tidak sanggup melaluinya,hidup ini ibarat roda sentiasa berputar dan kadang2 terhenti sekejap bila tidak dipusing.....ohh.....gundah-gulana menyelubungi hidupku,dosakah aq jika kadang terfikir"kalaulah hidup ini seindah dirancang"?ASTAGHFIRULLAHHALA'ZIM....oh....kenapa aq terlalu sedih hari ini?????kematian itu pasti dan aq tidak tahu dimana dan bagaimana penghujungnya..."YA ALLAH berilah aq petunjukMU supaya aq sentiasa dijalanMU"

Jumaat, 21 Januari 2011

8 peringatan untuk manusia



Sekadar mentejemahkan bahasa jawi untuk peringatan bersama


1.Aku hairan sikap orang yang mengetahui adanya maut tapi masih ketawa

2.Aku hairan sikap orang yang tahu segala-galanya berlaku mengikut takdirnya tetapi masihmencintainya.

3.Aku hairan sikap orang yang tahu segala-galanya berlaku mengikut takdirnya tetapi masih berdukacita diatas kehilangan sesuatu.

4.Aku hairan sikap orang yang mengetahui adanya timbangan amal terhadap dirinya tapi masih menimbunkan harta kekayaan.

5.Aku hairan sikapa orang yang mengetahui adanya neraka jahanam tapi masih berani melakukan maksiat.

6.Aku hairan sikap orang yang mengenal zat Allah tetapi masih mengingati sesuatu melain diri-Nya.

7.Aku haran terhadap sikap orang yang
tahu adanya syurga tapi masih mencari kemewahan hidup didunia.

8.Aku hairan sikap orang yang menganggap syaitan musuh tetapi masih mentaatinya!!!!


SUMBER:mastika februari 2011(bertulisan jawi)
petikan daripada buku fadilatzikir karya maulana muhammad zakaria

Sabtu, 15 Januari 2011

tip kewangan


gilerr...kan bila tngk duit banyak2 macam ni kan,jangan kata aq pun gilerr...masyukk...:)))apa2 pun aq just nak kongsi ngan korang jerr...tip-kewangan dari aq mudahan dapat memberi manfaat...kita bersama

1.Biar hidup sederhana, rumah sederhana, kereta sederhana, tetapi tak berhutang. daripada hidup mewah, rumah besar, kereta hebat, tapi hutang keliling pinggang dan terkejar2 nak bayar payment setiap bulan! ramai orang 'kaya' hidup gini

2.Bagi yg dah berkeluarga, pengurusan wang adalah tanggungjawab semua- suami/isteri & anak2. kalau anda bijak urus wang, tapi ahli keluarga lain tak pandai- bocor juga. Sering bawa berbincang isu wang dgn pasangan. Mula didikan wang anak2 pada umur yang muda- galakkan mereka menabung & hargai wang yg diberi. Bila bebas kewangan bukan anda sorang2 tetapi satu keluarga

3.Awal tahun, kita sering ada matlamat kewangan. Seperti, pendapatan bertambah dengan 30%... atau tambahkan keuntungan perniagaan kepada RMxxxxx dan sebagainya. Sering fokus pada berapa banyak kita nak DAPAT. Jangan lupa juga, matlamat berapa banyak kita nak JIMAT! Kerana kalau banyak yang kita DAPAT, tapi tak banyak yang kita JIMAT- tak guna juga ;)

4. Apa sahaja yang tidak diingini terjadi, yakin bahawa ada hikmah sebaliknya! Sekiranya tertutup satu pintu rezeki, terbuka lagi beberapa tingkap rezeki! ;)

5.Prioroti utama adalah lindungi diri sendiri dulu dengan simpanan kecemasan sekurang-kurangnya untuk menyara diri (dan keluarga) 3-6 bulan. baru fikirkan, nak melabur, atau nak mulakan perniagaan (yang memakan modal besar) atau beli barangan besar seperti rumah atau kereta baru. Nama pun simpanan kecemasan...kalau takde, memang bahaya untuk diri!

Isnin, 10 Januari 2011

juara AJL25



isnin 10 januari 2011
Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku Lirik

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa


Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita



Macam tak sangka lak ana rafali boleh menang dalan AJL25 semalam,35,000 tu dia sorang,pergh....memang pelapis yuna lah

Khamis, 6 Januari 2011

sesi persekolahan 2011 bermula


KHAMIS,6januari2011
minggu ni sekolah dah bermula maka sibokla aq mengurus anak2 aq ke sekolah tambahan pulah suami aq kena balik ke klang kerana ke mahkamah atas urusan kemalangan yang telah terjadi pada tahun 2006 kes perlanggaran motorsikal dan kereta(nanti aq pos cerita ni kat sini).So aq sorang2 lah nak kena uruskan persekolahan anak2 aq yang 3 ni.Mula bangun pukul 5.30 aq nak kena buat sarapan untuk anak aq yang sekolah pagi.Pukul 7.00pg.aq nak kena hantar dia kat sekolah,pas dah hantar anak yang sulun tu aq balik lipat kain,then gerak anak2 suruh pegi mengaji kat rumah jiran,lepas tu aq mandikan ank aq yang kecik sekali.dah lepas mandikan dia kakak pun dah balik layan dia aq masak makan tengah hari siap2,sebab pukul 10.00pg aqnk hantar anak aq yang ke-2(darjah2)pergi sekolah agama,selepas dah hantar dia aq balik hidangkan makan tengah hari then panggil anak aq no.3 makan.lepas dia dah makan aq suruh dia siap pukul 11.00 pagi aq hantar dia ke tadika sebab dia masuk pukul 11.30.Dah hantar anak aq yang tadika aq tunggu sekejap, dia dah masuk aq tinggalkan dia aq pergi ambil anak aq yang sekolah agama pulak sebab dia keluar pukul 11.30pg.Dah settle aq balik sampai rumah pukul 11.45 aq suruh anak aq makan sebab aq dah hidang masa tu aq dapat lah aq jemur kain yang aq basuh pagi tadi,pukul 12.00tgh hr aq pergilah hantar anak aq yang no2 ke sekolah kebangsaan pulak,ni nasiblah sua aq tak ada jadi bolehlah aq tunggu anak yang sulung keluar pukul 12.40,kalau suami aq kerja aq kena balik pukul 12.00 tu sebab suami aq nak balik makan tengah hari kang pukul 12.45 suami aq pergi kerja aq keluar lah balik ke skolah kebangsaan untuk ambil anak yang sulung.Bila dah sampai rumah aq suruh anak aq makan,pas tu tunggu zohor,dah solat aq hantar anak aq ke sekolah agama lak pukul 1.45tgh hr.sebab kelas pukul 2.00ptg.Dah hantar aq balik kemas meja makan aq mop lak lantai yang dah seminggu tak mop.....ahh...dapat lah rehat sikit,pas ni nak siapkan makan petang lak,(alah...buat kuih simple aja)kang pukul 3.00ptg nak keluar ambil anak yang kat tadika pulak pas tu tunggu sekali anak yang sulung kat sekolah agama sebab dia keluar pukul 3.30ptg.Dah settle balik diaorang makan lah cucur manis yang aq dah buat sebelum kelua ambik mereka tadi.haa....lega baru dapat nak rehat pukul 6.15ptg karang barulah keluar ambil anak yang no.2 kat sekolah(sesi petang).Itulah jadual aq untuk 1 hari ni.Dah lama cuti sekolah bila baru buka ni terasa penat sikitlah tapi dah lama nnt dah ok lah tu.

Selasa, 26 Oktober 2010

RUMAH TERBUKA AQ YG PERTAMA


26.10.2010
Masa raya puasa hari tu aq adalah buat rumah terbuka kat rumah aq.Kalau nak tahu....inilah kali pertama aq buat rumah terbuka kat rumah.Sebelum ni aq duduk kampung pastu kat rumah mak mertua lak,so...aq tak pernah lah nak buat rumah terbuka ka apa bagai lagi ni.So bila dah pertama kali nak buat macam2 lah nak kena beli termos besar untuk nasi la(harganya:RM31-TESCO),pengepit mee(RM4.99-TESCO),jug besar untuk air panas(RM7.99-TESCO)lah,nasib baik termos air sejuk aq dah memang ada,berkat betul termos air tu... orang bagi hadiah kahwin aq ngan suami aq,maunya tak berkat dah kat sepuluh tahun orang bagi baru nak guna.Pastu pinggan,mangkuk,cawan dan sudu garfu semua tu aku beli yang pakai buang ajerr...senang tak payah nak basuh2(tapi kalau ikut tak baguslah kan kat bumi kita) cyan....pun ada gak tapi nak buat cam nerr dah letih pakai aja yang itu.Nasib baik kat johr ni pinggan tu semua tak susah cari kat TJMART tu dia jual murah banyak plak tu savelah budget ckit.Bab mask pulak aq banyak surf kat internet pasal kuantiti masakan yang perlu aq sediakan banyak juga lah info yg aq dapat terutamanya kat -SINI- so aq dengan confidentnya masaklah sendiri hari tu.Yang aq masak sendiri nasi ayam ajalah yang lain aq beli ekspres aja macam nugget,french fries dan drummet satu lagi yang ekspres ialah mee bandong muar aq beli patinya aja kat -SINI-.So malam tu maka datanglah jiran aq kerumah terbuka aq yang pertama.Dan disebabkan rumah terbuka yang pertama dan kat tempat baru so....tak ramailah orang yang aq dan suami aq panggil,hanya jiran2 kat lorong perumahan kami tinggal sahaja so...kesudahannya banyak makanan yang tak habis,jadi aq bungkus2 hantar plak kat jiran2 aq tu,sebab kalau buang sayangla huhuhu...penat aq masak.So ituLAH citerrnya Rumah terbuka ku yang pertama.Jumpa lagi lain kali....TAPI...-jangan lupa masuk sini-