Selasa, 4 September 2018

Tuan tanah


4 September 2018
Tuan tanah tak selalu keluar 😅😅😅😅😅cuma menjadikan blog ini untuk meluahkan rasa jerrr🤭🤭🤭🤭

#notakaki:update with my oppo f7✌️✌️✌️

KISAH SEAKAN AQ

#nota kepala:ni bukan kisah aku,tapi kisahnya seakan kisah AQ,bezanya AQ jaga ibu mertua

SANGGUPKAH KITA?

Arwah mak saya meninggal dunia pada 2004 akibat kanser. Sejak disahkan menghidap kanser paru2 pd 2001, kesihatannya mula turun naik. Sepanjang tempoh itu, arwah menjalani rawatan kemoterapi selain kami berusaha secara alternatif. Dan alhamdulillah, walaupun doktor jangka hayat arwah cuma setahun tapi arwah mak saya survived hingga 3 tahun.

Sepanjang arwah mak sakit, selain abah dan adik2 yg menjaganya, saya dan suami juga akan mengambil alih tugas itu sekiranya arwah buat kemoterapi di HKL atau HUKM. Penat menjaga org sakit ni tp suami saya akan marah kalau saya merungut. " Itu emak awak tau. Bukan kawan2 awak. Jangan sesekali mengeluh depan mak" katanya.

Suatu hari semasa di kampung, *arwah mak saya terbuang air besar di atas katil manakala najisnya juga jatuh bersepah*. Tahu apa suami saya lakukan? Dia mengelap najis itu tanpa rasa jijik dan menyuruh saya membersihkan arwah mak di bilik air. Sewaktu memandikannya, arwah mak berulang kali minta maaf tapi saya katakan, "buat apa nak minta maaf. Mak bukan buat salah pun. Sekadar terbuang najis; benda kecil je".

Ketika itulah juga saya lihat arwah mak saya menangis dan dia berdoa dengan kata2 yg tak mungkin kami lupakan sampai bila2.
" Ya Allah..ini adalah anak2 aku yg berbakti kepada aku sepanjang aku sakit. Ini adalah anak2 aku yg tidak pernah berkeluh kesah.  *Anak2 aku yg sanggup mengotorkan tangan untuk najisku*. Aku berikan keredhaanku sebagai seorang ibu dan Kau limpahkanlah seluas2 rezeki dan kekayaan pada mereka hasil bakti mereka padaku". Saya dan suami terus terkedu bila mendengarnya!

Tiga minggu selepas itu arwah mak saya meninggal dunia dengan kata2 akhirnya yg disampaikan pd abah bahawa dia sudah mengampunkan semua dosa anak2, menghalalkan segala pengorbanan serta air susunya. Anak2 tidak berhutang satu dosa pun padanya.

Utk sahabat yg bertanya itu...inilah kisah bagaimana kehidupan saya bertukar. Bukan kerana saya kawin dengan anak orang kaya kerana suami saya bukan anak yg suka menumpang pd kesenangan ibu ayah. Tapi kami merasai segala nikmat rezeki itu sebenarnya datang dari berkat doa dan keredhaan seorang ibu!

Saya selalu nasihatkan pada sesiapa, *jgn berkira langsung dengan ibu bapa*. Bukan mahu membangga diri tapi sejak saya kahwin, saya langsung tidak ambil kesah berapa yg suami saya peruntukkan utk ibunya. Berilah berapa saja dan saya tak pernah buka mulut.

Pernah satu ketika, suami  beritahu dia mahu memberi semua duit hasil penjualan ayam pd ibunya sebagai hadiah. Mmg ada rasa sedikit terkilan tp suami saya beritahu, redhalah.. Nanti akan ada rezeki yg lebih luas utk kami.

Sebenarnya, utk memperoleh pahala, tidak perlu kita mengangkat senjata di medan perang sebaliknya jika masih ada ibu bapa kandung atau mentua, berbaktilah pada mereka. Walaupun mereka cerewet atau seperti kebudak-budakkan yg mungkin boleh membuatkan kita rasa kecil atau panas hati, berlapang dada lah. Pengorbanan ibu bapa membesarkan kita  lebih besar berbanding rasa hasutan hati itu.

Saya dan suami percaya rezeki itu datang dari Allah tapi kami juga percaya doa dan keredhaan ibu bapa  jugalah  yg akan membuka lorong2 rezeki itu. Kerana doa ibu bapa tiada hijab dengan Allah. Gembirakan mereka dan inshaAllah mereka akan mendoakan yg terbaik utk kita. Percayalah!

Perkongsian oleh: Ruhaiza Rusmin

#nota kaki:memang tak dinafikan,benar2 terjadi dalam hidup sendiri,hidup terasa lapang Selapang lapang nya, hubungan dengan ALLAH pun terjaga.cerita bukan untuk riak tapi lebih kepada memotivasikan sesiapa yang melalui situasi ini👍👍👍👍

#ALLAH SENTIASA BRRSAMA MEREKA YANG BERSABAR,YANG PENTING PEDULIKAN MULUT2 YANG BERINSURANS TERLEBIH 💪💪💪💪

Isnin, 29 Januari 2018

IF YOU IN MY SHOES



29 JAN.2018

Jika diam itu lebih baik dari bersuara😢😢😢😢.aq lebih memilih untuk berdiam,kerana aq tahu kelemahan ku.Aq tahu aq tak mampu,kerana aq sedar siapa pun aq...aq tetap dipandang sebelah mata😢😢😢😢aq hanya mampu
        

                          MAAFKAN AQ