Rabu, 28 Julai 2010

Buat langsir (part 2)

28 JULAI 2010
Hari ini aq nak sambung plak post buat langsir aq hr itu.Selepas dah potong kain sepanjang 2meter dan basinya boleh lah dihit tepi kain tu:-inilah gambar2 langsir yang sedang aq buat gambar atas sekali tu jahitan tepi,gambar sebelah kiri pulak bergaris biru itu adalah basi dan gambar ke-3 ialah gambar langsir sesudah dipotong. .Selepas dah siap semua itu boleh lah dijahit pula tape dibahagian atas untuk dipasang pada rel tingkap dan dibahagian bawah kain pula dijahit 2inci untuk memperkemaskan kain langsir,ok nnanti aq akan post pulak kain langsir yang dijahit tape.bye...jangan lupa layari:-http://formulaluarbiasa.com/recommends/Muzamin

Khamis, 22 Julai 2010

buat langsir

22 JULAI 2010
Dah berapa hari aq tak update blog aq ni,penat + sibok buat langsir,maklumlah tak kerja lagi pulak raya dah dekat(semangat nak raya la plak:)posa pun belum)Jadi aq buat langsir sendiri lah.Bila dah dok mengadap langsir ni sakit pinggang lah jadi nak duduk mengadap komputer pun malaslah.Nak kata pandai buat langsir ni aq bukannya pandai sangat,cuma bila mengenangkan nak upah tukang jahit ni nak kena keluaq belanja la pulak,itu yang aq x sanggup.paham2 lah dunia sekarang segala-galanya naik,jadi atas inisiatif sendiri aq cuba lah buat sendiri.Nak kata senang tu tak lah senang,nak kata susah tu eeemmm...cuba dulu tu yang penting.mula2 ukur langsir tingkap rumah kita,misalannya 1 langsir tingkap kita 2meter,jadi ambil kain ukur dahulu (JANGAN LUPA AMBIL BASI)itu yang penting.Ambil basi tu maknanya kita ukur kain tu 2inci dahulu pas tu baru kita ukur 2meter mulai daripada garis 2inci yang telah kita buat.Basi yang kita buat tu sebenarnya lebihan untuk kita buat jahitan tepi dan untuk dilipat dan jahit Yang ini gambar kain yang aq gunting utk buat kusyen.Yang ni qenyah(susah) skit kita kena ambil ukuran kusyen dengan surat khabar.ukuran yang aq buat ni untuk kusyen "l-shape" kalau tengok kat kain tu kan aq buat lebih besar dari surat khabar 2,itulah yang dipanggil basi.Esok lah sambung letih la.ADIOS....jangan lupa layarihttp://formulaluarbiasa.com/recommends/Muzamin

Selasa, 13 Julai 2010

Baju utk dijual










Untuk yang berminat,free size,warna coklat.Harga RM35 termasuk penghantaran,berminat hubungi 012-9950146 min.

post2 menarik bayi "premature" aq

-:Ini masa baru lahir beratnya 1.1...kecikkan
tengok wayar pun berselirat.


Inilak mesin2 yang
digunakan kat anak aq:-

bila dah besar sikit baru dimasukkan dalam inkubator.
-:Masa ini dah nak balik berat dah
capai 1.8kilo; Senyuman yang menghapus segala kedukaan:):-

Pengalaman mengurus anak "tidak cukup bulan" part 2

13JULAI 2010
Semalam aq dah cerita pasal dah bersalin anak aq yg x cukup bulan,dan penyakit dia,hari ni aq dah cerita waktu dah blk rumah lak.Dah balik rumah aq sendiri lah yg menguruskan anak aq 2,habis tak kan orglak kan???Masa mula2 tu mmglah susah anak sulung lah katakan,dengan x ada pengalaman dan anak aq tu cuma sebesar tangan sampai siku aq tu aja, aq buat juga dengan rasa kasih syg yerlah...7 bulan usong dalam perut dengan sakit nak bersalin walaupun kecik heheheh...sayang...... sapa x sayang anak,kucing pun qeti sayang anak,nikan pulak kita manusia.dari mandi sampai siap semua aq but sendiri ,hingga mak mertua aq sendiri kagum sampai dia sendiri cakap,x semua org mampu nak buat kalau x kuat.Bayangkan mak mertua aq sendiri x berani nak pegang sebab anak aq tu kecik sangat.:)Sekejap aja masa berlalu anak aq pun dah besar dah sekolah pun.Yang penting jangsn putus asa nak uruskan anak2 premature ni.1 lagi bila dah bawa balik bayi yg lahir x cukup bulan ni kena pastikan kat luar rumah kena banyak pokok,sebab bayi premature ni perlu banyak oksigen kalau tidak bayi kita kita akan menjadi biru yang itu masalah,sebab banyak kes bayi premature ni dah keluar hospital ni kena masuk balik ke hospital sebab kekurangan oksigen.Saya cadangkan sesiapa yang mendapat anak yang lahir x cukup ni kalu baru keluar hospital ni lebih baik balik duduk kg dulu,ala...bukan lama dalam sebulan ker....sampai bayi kita betul sihat dan boleh catch-up dengan suasana rumah teres.saya cakap berdasar pengalaman:) Inilah hasilnya selepas 4 bulan balik ke rumah,senyumannya membuat aq dan suami bahagia walaupun pada mulanya 1 dugaan,inilah hikmah Allah yang tak ternilai harganya....http://formulaluarbiasa.com/recommends/Muzamin

Isnin, 12 Julai 2010

Pengalaman mengurus anak "tidak cukup bulan" part 1



12 JULAI 2010
Anak sulung ku lahir tanggal 20 April 20002,mengikut due date sepatutnya anak aq lahir 5 Julai 2002 tapi dah ketentuan Allah anak aq lahir tidak cukup bulan iaitu sewaktu usia anak aq 28 minggu dalam perut.Mungkin silap aq juga sewaktu mengandung anak aq ni aq dan suami kerap travel jauh2 1 lagi masa mengandung 2 aq terlalu mengikut hati sangat,dah tak lalu makan asyik muntah aq jarang makanlah apa lagi 2 semua puncalah.Jadi sapa2 yang mengandung 2 janganlah buat macam 2.nnt sapa yang susah????sendiri jugak.Nilah gambar anak aq yang lahir tak cukup bulan dengan berat lahir 1.1kilo kecikkan????hahaha..sampai dyper new born 2 lagi besar dari anak aq.2bulan gak anak aq dok dalam hospital 2.Nasiblah aq ni x kerja jadi dapatla aq tunggu kat hospital.Sampai berat anak aq 1.8 kilo baru boleh kluar,Anak aq 2 pulak ada penyakit lupa bernafas(APNEA)kata dr.la,2 yang lama kat hospital 2.Ada 1 hari 2 anak aq x bernafas susah hati x yah cakapla,tanya nurse lak biasalah hosp. kerajaan,nurse x nak cakap siap boleh marah kita lg,apalagi terus call suami aq kat off.dia.Suami aq terus datang mengamuk juga suami aq kat dr.tanya apa masalah anak kami.Bila dah tahu apa masalahnya suami aq banyak lah mencari info melalui internet,dari situlah kami belajar tentang penyakit2 bayi yang lahir x cukup bulan ni.Ada lagi sambungan nya nntlah aq posting lg.TUNGGU.......http://formulaluarbiasa.com/recommends/Muzamin

Jumaat, 9 Julai 2010

Cara mendaftar anak kat kemas


9 Julai 2010
Hari ni aq gi daftar anak aq kat tabika kemas,tapi x boleh lagi sebab aq kena ambil borang kemas untuk diisi dulu,jadi sapa2 yang nak daftar anak kat kemas 2,kena ingat sebelum masuk bulan 7(JULAI),ambil borang siap2 sebab borang perlu diisi dahulu dan disertai dgn salinan surat lahir anak,kad pengenalan IBU/BAPA dan penyata gaji yang disahkan oleh majikan yang ni penting kalau nak anak kita dapat masuk ke Tabika Kemas sebab nak daftar kat kemas kalau lewat2 x dapat sebab ramai yang nak hantar anak kat sini.Pendaftaran kemas ni biasanya buka bulan Julai,kalau tanya aq pendapat tentang hantar anak kat kemas aq setuju,bukan pasal yuran murah tapi cara pembelajaran dia.Anak2 aq dah 2orang aq hantar kat kemas,masuk sek.keb.dia boleh catchup dengan pelajaran sebab sukatan yang digunakan sama dengan kat kemas.jadi kemas sebagai sekolah makan dah tak boleh pakai.Contohnya anak2 aq diaorang punya periksa boleh dapat 5A paling kurang pun 4A terpulang pada pendapat masing2 adios--> http://formulaluarbiasa.com/recommends/Muzamin

Rabu, 7 Julai 2010

resepi kek mudah cara aq


7 Julai 2010
Hari ni dok2 terasa nak menaip,aha...baru aq teringat nak kongsi resepi kek cara aq.Mudah aja bahan2nya:- 3tepung,3gula,3marjerin(cawan),pastu 5biji telur.Mula2 pukul gula ngan marjerin(pakai mixer cepat skit),dah kembang masukkan tepung ngan telur sikit2 secara selang-seli,dah siap:)senang ajakan???Kalau siapa nak warna-warni asingkan 2 bekas kendian warnakan ikut selera masing2 pastu masukkan dalam loyang secara selang-seli,kemudian masukkan dalam oven bakar pada suhu 180^ selama 1jam dah siap keknya.Hiasannya 2 boleh beli kat kedai kek,pelekat atas kek 2 boleh dimakan utk krimnya:-4biji putih telur,30g.gula halus dan secubit krim of tar tar(ada jual kat pasaraya dlm ti kecil),cubalah mesti jadi sbb aq dah berkali-kali buat.http://formulaluarbiasa.com/recommends/Muzamin

Isnin, 5 Julai 2010

boring


5 Julai 2010
Hari ni birthday fatimah(anak aq yg no.3)yang ke-5.Tapi hari ni aq boringla....ingat nak buat ais krim utk jual,tapi x buat lagi dok mengadap depan komputer ni,aperlah aq ni.rasa cam boring ngan blog ni x boleh nak ekspost lg.Apa mau buat ha...buntu:% nampaknya blog ni dah macam diari aq la pulak.aper2 jelah janji boring2 boleh gak aq buat taip2.Walaupun macam x ader apa pun aq nak taip.http://formulaluarbiasa.com/recommends/Muzamin

Jumaat, 2 Julai 2010

kisah anak


2 Julai 2010
Hari ini aq gi ambil buku rekod anak kat sek.kebangsaan,Syukur melihat keputusan peperiksaan anak2 yang cemerlang dengan 4A dan 5A membuat aq bangga dengan anak2 aq.Sekurang-kurangnya mereka x lah seperti aq yang x pandai sangat kat sekolah dulu heheheh...dalam cerita tentang anak2 ni terfikir tentang kisah anak2,yerlah,ada yang kena buang,ada yang kena dera ada yang kena culik dan ada yang hilang sampai sekrang x jumpa2.kadang difikir kan keselamatan anak2 mmg x terjamin dengan dunia sekarang kan.tengok bayi2 yang kena buang 2,apalah salah(ingat x lagu okid"apa salah merka jika ini masih terjadi kita sama sama membantu melindungi hidup merka...")sedih bila nyanyi lagu 2.ntah apa lah perasaan masa orang2 yang x berperikemanusiaan ni waktu mereka buat dan kemudian campak bayi ni.mereka ingat bayi ni sampah apa yang boleh dicampak ssesuka hati,sepatutnya diaorang yang dicampak dalam tong sampah tu(marah ni hinsxx..)Cerita akhbar semalam ada pasal dera,ni pun 1 x habis2 kalau dah tention 2 pukul lah dinding ka,sepak tembok ka,ini tidak pergi pukul anak yang x berdosa 2.Dah la crita sal anak ni memang x habis sambung lain hari la plak.Wa...hari ni jumaat esok sabtu boleh jalan2 mana nak tahu ada crita yang boleh dikongsi.Jangan lupa ....layari:http://formulaluarbiasa.com/recommends/Muzamin

Khamis, 1 Julai 2010

hari pertama sebagai seorg blogger......kehkehkeh..


1 julai 2010
Hari ni hari pertama aq memulakan blog aq,takut,gabra semua ada.Aq bukannya pandai menulis sangat,tapi apa salahnya aq mencuba kankankan...aq ni sebenarnya seorang surirumah yang tugas aq dok kat rumah buat qeja qumah(semua org tau),ha...jangan ingat dok rumah 2 aq goyang kaki,hantar anak ambil anak sekolah pun aq buat.bayangkan pukul 8.15am aq kluaq hantaq anak,pastu kul 10am karang aq kluaq hantaq anak no.2 lak ambil yg no.1(ckp bhs utaqa la plak)pastu blk aq masak,sbb pukul 11.30am aq nak hantar anak aq yang no.3 gi tadika(sesi petang)dan ambil sekali anak aq yang no.2 kat sekolah agama.Dah balik bagi diaorang makan(anak no.1 dan no.2)aq hantar plak mereka ke sek.kebangsaan.dah settle satu bab,pastu blk aq tunggu lak hubby aq blk makan tengah hari pukul 12.30pm,lepas my hubby gi kerja barula aq mula mengemas rumah yang mcm tongkang pecah kena serang 4 lanun(anak2 aq la 2).Lepas 2 pukul 3.45pm br la aq keluar ambil anak aq yang no.3 kat tadika.6.15pm pulak aq keluar ambil anak2 aq kat sekolah kebangsaan.Macam 2 la kehidupan aq sebagai seorang surirumah.Aq gembira walaupun kerja macam aq ni tak glamour.Nak tahu apa rahsianya layari http://formulaluarbiasa.com/recommends/Muzamin