Khamis, 22 Julai 2010

buat langsir

22 JULAI 2010
Dah berapa hari aq tak update blog aq ni,penat + sibok buat langsir,maklumlah tak kerja lagi pulak raya dah dekat(semangat nak raya la plak:)posa pun belum)Jadi aq buat langsir sendiri lah.Bila dah dok mengadap langsir ni sakit pinggang lah jadi nak duduk mengadap komputer pun malaslah.Nak kata pandai buat langsir ni aq bukannya pandai sangat,cuma bila mengenangkan nak upah tukang jahit ni nak kena keluaq belanja la pulak,itu yang aq x sanggup.paham2 lah dunia sekarang segala-galanya naik,jadi atas inisiatif sendiri aq cuba lah buat sendiri.Nak kata senang tu tak lah senang,nak kata susah tu eeemmm...cuba dulu tu yang penting.mula2 ukur langsir tingkap rumah kita,misalannya 1 langsir tingkap kita 2meter,jadi ambil kain ukur dahulu (JANGAN LUPA AMBIL BASI)itu yang penting.Ambil basi tu maknanya kita ukur kain tu 2inci dahulu pas tu baru kita ukur 2meter mulai daripada garis 2inci yang telah kita buat.Basi yang kita buat tu sebenarnya lebihan untuk kita buat jahitan tepi dan untuk dilipat dan jahit Yang ini gambar kain yang aq gunting utk buat kusyen.Yang ni qenyah(susah) skit kita kena ambil ukuran kusyen dengan surat khabar.ukuran yang aq buat ni untuk kusyen "l-shape" kalau tengok kat kain tu kan aq buat lebih besar dari surat khabar 2,itulah yang dipanggil basi.Esok lah sambung letih la.ADIOS....jangan lupa layarihttp://formulaluarbiasa.com/recommends/Muzamin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan