Selasa, 26 Oktober 2010

RUMAH TERBUKA AQ YG PERTAMA


26.10.2010
Masa raya puasa hari tu aq adalah buat rumah terbuka kat rumah aq.Kalau nak tahu....inilah kali pertama aq buat rumah terbuka kat rumah.Sebelum ni aq duduk kampung pastu kat rumah mak mertua lak,so...aq tak pernah lah nak buat rumah terbuka ka apa bagai lagi ni.So bila dah pertama kali nak buat macam2 lah nak kena beli termos besar untuk nasi la(harganya:RM31-TESCO),pengepit mee(RM4.99-TESCO),jug besar untuk air panas(RM7.99-TESCO)lah,nasib baik termos air sejuk aq dah memang ada,berkat betul termos air tu... orang bagi hadiah kahwin aq ngan suami aq,maunya tak berkat dah kat sepuluh tahun orang bagi baru nak guna.Pastu pinggan,mangkuk,cawan dan sudu garfu semua tu aku beli yang pakai buang ajerr...senang tak payah nak basuh2(tapi kalau ikut tak baguslah kan kat bumi kita) cyan....pun ada gak tapi nak buat cam nerr dah letih pakai aja yang itu.Nasib baik kat johr ni pinggan tu semua tak susah cari kat TJMART tu dia jual murah banyak plak tu savelah budget ckit.Bab mask pulak aq banyak surf kat internet pasal kuantiti masakan yang perlu aq sediakan banyak juga lah info yg aq dapat terutamanya kat -SINI- so aq dengan confidentnya masaklah sendiri hari tu.Yang aq masak sendiri nasi ayam ajalah yang lain aq beli ekspres aja macam nugget,french fries dan drummet satu lagi yang ekspres ialah mee bandong muar aq beli patinya aja kat -SINI-.So malam tu maka datanglah jiran aq kerumah terbuka aq yang pertama.Dan disebabkan rumah terbuka yang pertama dan kat tempat baru so....tak ramailah orang yang aq dan suami aq panggil,hanya jiran2 kat lorong perumahan kami tinggal sahaja so...kesudahannya banyak makanan yang tak habis,jadi aq bungkus2 hantar plak kat jiran2 aq tu,sebab kalau buang sayangla huhuhu...penat aq masak.So ituLAH citerrnya Rumah terbuka ku yang pertama.Jumpa lagi lain kali....TAPI...-jangan lupa masuk sini-

RINDUNYERR.......


26.10.2010
wahhh...rindunyerrr....lama aq tak tulis apa2 kat blog aq ni dr bulan puasa,raya ni dah nak masuk raya haji dahh.....rindu plak tangan ni nak menaip kat atas papan ni.ISHH...apa yerr...aq nak citerr erkk...emm............haa.....nak citerrlah pasal rumah terbuka kat rumah aq masa raya hari tu.

Khamis, 26 Ogos 2010

Check out “Kisah Mee Bandung”


Hi,

Aq nak korang baca citerrr.. ni: “Kisah Mee Bandung” nak amek kau:)))))


email ni aq dapat dah lama saja nak kongsi. lagipun dah seminggu aq tak update blog aq ni,bila aq dapat citerr ni ada lah gak aq nak kongsi kat blog aq ni:))))tapi jangan lupa masuk sini nnt -klik sini-

Al-kisah tentang bunyi ‘hon’ kenderaan…


Hi,

kisah lawak pagi ramadan: Al-kisah tentang bunyi ‘hon’ kenderaan… 


email yang aq terima pagi ni mmg buat aq tersenyum:)))))biasalah bila dah bawa keta ni mmg macam2 ragam org yg kita tengok,kadang2 tu ada yang menyakitkan jiwa,tapi kadang2 tu ada yang buat kita ketawa dan tersenyum.

Isnin, 16 Ogos 2010

HAYATI KISAH INI....


16 OGOS 2010
Tadi semasa aq menunggu anak di sekolah aq telah membaca majalah NUR keluaran 54-april2007,adalah satu part luahan seorang penulis... ceritanya tentang "Kisah si pohon rahmat"Alkisahnya.....diceritakan,terdapat sebuah pohon epal besar yang menjadi tempat seorang kanak2 bermain.Dia memanjat pohon itu,dia memetik buah ketika lapar dan tidur di bawah bayang pohon ketika mengantuk.Dia suka bermain disana dan pohon itu gembira menerima kedatangan sianak.
Masa berlalu,sianak meningkat remaja dan tidak lagi gemar bermain disekitar pohon epal.Suatu hari,dia singgah berdekatan dan diajak pohon epal untuk bermain.Tetapi...
SI ANAK_"saya bukan lagi budak kecil.Saya tak minat lagi bermain di bawah pokok.Saya mahu barang permainan dan perlu duit untuk membeli permainan.
POKOK EPAL_"aq tak ada duit.Tapi petik saja buah epal dan jualkannya.Kau akan dapat duit."
Si anak pun memetik buah dan berlalu dengan gembira.Pohon epal ditinggal lagi.
Si anak yang sudah jadi dewasa kemudian kembali lagi ke bawah pokok dengan wajah yang riang.Pohon epal mengajak si anak bermain tetapi....
SI ANAK_"Saya tak ada masa hendak bermain.Saya perlu bekerja untuk keluarga.Kami perlukan rumah.Bolehkah pohon epal menolong saya???"
POHON EPAL_"Maaf,aq tak ada rumah.Tapi kau boleh potong dahanku untuk membina rumah.
Si anak itu pun memotong semua dahan epal untuk membina rumah.Pohon epal ceria dapat membantu tetapi sejak itu si anak itu tidak pernah kembali lagi.Tinggallah pohon epal kesepian.
Suatu hari si satu ketika si anak kembali semula kepada pohon epal.Pohon epal tersangat gembira dan segera dia ajak si anak bermain.Tetapi......
SI ANAK_"aq sedang bersedih.aq semakin tua.Aq hendak belayar untuk menenangkan diri.Boleh berikan aq kapal????"
POHON EPAL_"Gunakan batangku untuk membina kapal.Kamu dapat belayar jauh dan gembira."
Si anak pun memotong batang pohon epal untuk membina kapal.Dia pergi belayar dan tidak kembali untuk masa yang panjang.
Beberapa tahun kemudian,si anak kembali.Dia datang semula kepada pohon epal.Pohon epal menyambutnya dengan kata2....
POHON EPAL_"maaf nak,aq tak ada apa2 untukmu.Tak ada buah epal lagi untuk diberikan"
SI ANAK_"aq juga sudah tidak ada gigi."
POHON EPAL_"aq tak ada dahan untuk kau panjat."
SI ANAK_"aq sudah terlalu tua untuk memanjat."
POHON EPAL_"aq tak dapat berikan kau apa2.Hanya yang tinggal adalah akarku yang semakin reput"(dengan air mata yang berlinangan)
SI ANAK_"aq pun tak perlu apa2 sekarang.aq hanya mahu tempat berteduh.Aq sudah terlalu penat bertahun-tahun belayar selama ini."
POHON EPAL_"baguslah,kalu begitu aq adalah tempat terbaik untuk bersandar dan berhenti.Mari duduk bersamaku dan berehatlah!!"(balas pohon epal dengan gembira).
"SELESAI SAYA MEMBACA KISAH ITU,SAYA TERFIKIR.ADAKAH IBU DAN BAPA KITA IBARAT POHON EPAL YANG SETIA ITU???TIDAK KIRA WALAU SEPAYAH MANA PUN KITA TELAH MENYUSAHKAN MEREKA,MEREKA TETAP ADA UNTUK MEMBANTU KITA.BARANGKALI SETIAP ANAK ADA YANG BERPERANGAI BEGITU(SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT) TETAPI WALAU SETERUK MANA PUN LAYANAN KITA PADA IBU BAPA,MEREKA TETAP MENERIMA ANAKNYA DENGAN HATI DAN TANGAN TERBUKA."
P/S:sebenarnya ada permulannya dari kisah di atas,teatpi aq tak nak lah postkan semua nnt aq dikira menciplak pulak,kan susah tu,tak pasal2 kena saman lak hehehe.Aha... ini jangan lupa layari:-http://formulaluarbiasa.com/recommends/Muzamin

Jumaat, 13 Ogos 2010

"CHANTEK"



SEBENARNYA lagu ni aq suka sangat,sebabnya lagu keluarnya waktu anniversary aq ngan hubby aq,masa dia tujukan lagu ni kat aq,aq rasa sweettt.... sangat jadi bila dengar aja lagu ni aq akan sentiasalah ingat masa anniversary aq pada tahun 2007 tu



Hey wanita
Gembira dapat berjumpa
Teringat kembali kali pertama kita bersua
Ingat bila kita bersepatu serupa
Tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa

Kau bersama kawan-kawan muda yang nyata
Kau paling menyerlah di antara mereka
Rambut hitam warna cokelat anak mata
Membuat aku kurang fasih bila bicara

Apakata kita ambil sedikit masa
Untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
Dan jika kau rasa apa yang ku rasa
Ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya

Chantek
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka
Di jiwa
Oh chantek
Sungguh aku cinta kamu

Dia..
Pandai menjaga hati ayah dan ibunya
Kelakuannya sama dengan orang tuaku juga
Dia..
Bisa cipta yg gula dari yang cuka
Pandai menukar yg duka kepada suka
Dia..
Bijak mengatur acara dan juga masa
Cekap memasak garam gula secukup rasa
Dia..
Pandai menjaga harta dan juga duitnya
Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya
Dia..
Setia pada Yang Esa satu-satunya
Memenuhi tanggungjawab 5 waktunya
Dia..
Punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
Tak usah lengah
Ayuh kita berumah tangga

Chantek…
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman..mekar
Chantek…
Dirimu buat ku tertarik..
Menghilang segala prasangka
Di jiwa…
Ohh chantek
Sungguh aku cinta kamu

Aku..
Melihat kita bersama di hari tua
Dia..
Masih satu tiada empat tiga atau dua
Dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
Kau tetap cantik padaku aku tak lupa
Kita bersama di anjung luangkan masa
Kewangan kita merdeka mampu bersara
Hasil usaha kita dari masa dahulu
Cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
Hidup santai tak perlu terburu-buru
Punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
Anak kita dan ayahya semua sebulu
Aku bilang kau chantek dan mereka setuju

Chantek..
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman..mekar
Chantek
Dirimu buat ku tertarik..
Menghilang segala prasangka di jiwa
Oh chantek…
Sungguh aku cinta kamu

lagu "kebahagiaan dlm perpisahan"


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

nak masak apa yer.....


13 OGOS 2010
EMMMM..........Nak masak apa yerr..petang ni????????Hari ni dah 3 hari dah kita posa,jap jerr...rasa2nyer...lah.Ngeluh lagi:((((((((((((APA AQ NAK MASAK NI?????Semalam dah buat mihun sup,kelmarin dulu dah buat nasi tomato,hari ni lak?????? nak buat apa lak ya???Nak masak canggih2 aq malaslah(asyik dok buka blog jerr...maunya tak malas heheheh...)Kalau buat tauhu sumbat ni sedap gak ya...idea tu,lauk pulak aperr erk...(pikir lagi)Cam tu lerr kalau tak kerja macam2 nak kena pikior....cepat lah idea kan nak hantaq anak sekolah plak....pas tu nak ambik fatimah kat tadika lak.ARGHH......buat gulai jerrlah,sayur pulak..........kobis 2 ada lagi.......goreng ajalah,pastu goreng telur bubuh mayonis sedap gak tu CANTIKKKLAH........dah dapat idea tu.Pas ni rendam ikan then nak sidai kain x sidai lagi ni.ok lah nak chow dah ni nak masak tapi jangan lupa pulak masuk kat sini: http://formulaluarbiasa.com/recommends/Muzamin

Sabtu, 7 Ogos 2010

HARI LAHIR ANAK 2 AQ





Sebenarnya aq ni suka sangat membuat sambutan hr lahir untuk anak2 aq.Disini aq postkan beberapa keping gambar2 sekitar sambutan hari lahir yang aq buatkan untuk anak2 aq

PERKAHWINAN



Perkahwinan bagi aq terlalu pasif untuk diperkatakan....?????ntah kenapa erk...(gambar sapa yang aq ambik ni???):0Ni saja2 aje yang sebenarnya saja nak tulis...Nak penuhkan blog aq ni.Yang betulanya tention lagu yang aq masukkan tak boleh nak on.Ntah apa masalah dy tak boleh nak on pulak lgu ni ARGHH.............TENTION....tulis...tulis...tulis janji aq tulis(cehh...macam la tulis padahal taip aja):))))mari kita renungkan ayat ini(CEPLOS)"Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang".Ayat ini sumber:-http://untukwanita.noorjannah.com/ bukannya ayat aq pun:)))

SALAM RAMADHAN

7 OGOS 2010

Lagi beberapa hari lagi kita umat islam akan menyambut bulan ramadan,bulan yang penuh berkah dan fadilat ini.Rasa macam x sabar menunggu ketibaan bulan puasa ni.Bukan apa... bila datangnya bulan ramadan ni mulalah terkenang-kenang zaman kecik2 dulu,waktu kenakalan zaman kanak2 yang dah lama dilupakan.sempena dengan kesempatan ini aq mengucapkan selamat menyambut bulan puasa kepada saudara sesama islam,dan marilah kita menggandakan amalan kita di bulan ini dengan membaca Al-Quran,bertarawih dan sembahyang sunat taubat dan tahajut.

buat langsir (part3)

7 OGOS 2010
ARGH........Akhir nya siap pun langsir yg aq buat,sebulan gak erk... aq buat langsir ni kan.Apa2 pun alhamdulillah dapat gak siap sebelum raya.Pergh.....letih gak dok mengadap langsir ni,tapi bila dah siap ni rasa lega+bangga gak dapat buat sendiri.Hasil tangan sendiri ni rasa seronok sangat sebab kita rasa puas dapat ikut kemahuan sendiri dan....puas!inilah gambar2 nya setelah siap tape dah jahit renda pun dah jahit,lipatan pun dah jahit so enjoylah dengan video yang aq post sekali nihttp://formulaluarbiasa.com/recommends/Muzamin

Rabu, 28 Julai 2010

Buat langsir (part 2)

28 JULAI 2010
Hari ini aq nak sambung plak post buat langsir aq hr itu.Selepas dah potong kain sepanjang 2meter dan basinya boleh lah dihit tepi kain tu:-inilah gambar2 langsir yang sedang aq buat gambar atas sekali tu jahitan tepi,gambar sebelah kiri pulak bergaris biru itu adalah basi dan gambar ke-3 ialah gambar langsir sesudah dipotong. .Selepas dah siap semua itu boleh lah dijahit pula tape dibahagian atas untuk dipasang pada rel tingkap dan dibahagian bawah kain pula dijahit 2inci untuk memperkemaskan kain langsir,ok nnanti aq akan post pulak kain langsir yang dijahit tape.bye...jangan lupa layari:-http://formulaluarbiasa.com/recommends/Muzamin

Khamis, 22 Julai 2010

buat langsir

22 JULAI 2010
Dah berapa hari aq tak update blog aq ni,penat + sibok buat langsir,maklumlah tak kerja lagi pulak raya dah dekat(semangat nak raya la plak:)posa pun belum)Jadi aq buat langsir sendiri lah.Bila dah dok mengadap langsir ni sakit pinggang lah jadi nak duduk mengadap komputer pun malaslah.Nak kata pandai buat langsir ni aq bukannya pandai sangat,cuma bila mengenangkan nak upah tukang jahit ni nak kena keluaq belanja la pulak,itu yang aq x sanggup.paham2 lah dunia sekarang segala-galanya naik,jadi atas inisiatif sendiri aq cuba lah buat sendiri.Nak kata senang tu tak lah senang,nak kata susah tu eeemmm...cuba dulu tu yang penting.mula2 ukur langsir tingkap rumah kita,misalannya 1 langsir tingkap kita 2meter,jadi ambil kain ukur dahulu (JANGAN LUPA AMBIL BASI)itu yang penting.Ambil basi tu maknanya kita ukur kain tu 2inci dahulu pas tu baru kita ukur 2meter mulai daripada garis 2inci yang telah kita buat.Basi yang kita buat tu sebenarnya lebihan untuk kita buat jahitan tepi dan untuk dilipat dan jahit Yang ini gambar kain yang aq gunting utk buat kusyen.Yang ni qenyah(susah) skit kita kena ambil ukuran kusyen dengan surat khabar.ukuran yang aq buat ni untuk kusyen "l-shape" kalau tengok kat kain tu kan aq buat lebih besar dari surat khabar 2,itulah yang dipanggil basi.Esok lah sambung letih la.ADIOS....jangan lupa layarihttp://formulaluarbiasa.com/recommends/Muzamin

Selasa, 13 Julai 2010

Baju utk dijual










Untuk yang berminat,free size,warna coklat.Harga RM35 termasuk penghantaran,berminat hubungi 012-9950146 min.

post2 menarik bayi "premature" aq

-:Ini masa baru lahir beratnya 1.1...kecikkan
tengok wayar pun berselirat.


Inilak mesin2 yang
digunakan kat anak aq:-

bila dah besar sikit baru dimasukkan dalam inkubator.
-:Masa ini dah nak balik berat dah
capai 1.8kilo; Senyuman yang menghapus segala kedukaan:):-

Pengalaman mengurus anak "tidak cukup bulan" part 2

13JULAI 2010
Semalam aq dah cerita pasal dah bersalin anak aq yg x cukup bulan,dan penyakit dia,hari ni aq dah cerita waktu dah blk rumah lak.Dah balik rumah aq sendiri lah yg menguruskan anak aq 2,habis tak kan orglak kan???Masa mula2 tu mmglah susah anak sulung lah katakan,dengan x ada pengalaman dan anak aq tu cuma sebesar tangan sampai siku aq tu aja, aq buat juga dengan rasa kasih syg yerlah...7 bulan usong dalam perut dengan sakit nak bersalin walaupun kecik heheheh...sayang...... sapa x sayang anak,kucing pun qeti sayang anak,nikan pulak kita manusia.dari mandi sampai siap semua aq but sendiri ,hingga mak mertua aq sendiri kagum sampai dia sendiri cakap,x semua org mampu nak buat kalau x kuat.Bayangkan mak mertua aq sendiri x berani nak pegang sebab anak aq tu kecik sangat.:)Sekejap aja masa berlalu anak aq pun dah besar dah sekolah pun.Yang penting jangsn putus asa nak uruskan anak2 premature ni.1 lagi bila dah bawa balik bayi yg lahir x cukup bulan ni kena pastikan kat luar rumah kena banyak pokok,sebab bayi premature ni perlu banyak oksigen kalau tidak bayi kita kita akan menjadi biru yang itu masalah,sebab banyak kes bayi premature ni dah keluar hospital ni kena masuk balik ke hospital sebab kekurangan oksigen.Saya cadangkan sesiapa yang mendapat anak yang lahir x cukup ni kalu baru keluar hospital ni lebih baik balik duduk kg dulu,ala...bukan lama dalam sebulan ker....sampai bayi kita betul sihat dan boleh catch-up dengan suasana rumah teres.saya cakap berdasar pengalaman:) Inilah hasilnya selepas 4 bulan balik ke rumah,senyumannya membuat aq dan suami bahagia walaupun pada mulanya 1 dugaan,inilah hikmah Allah yang tak ternilai harganya....http://formulaluarbiasa.com/recommends/Muzamin

Isnin, 12 Julai 2010

Pengalaman mengurus anak "tidak cukup bulan" part 1



12 JULAI 2010
Anak sulung ku lahir tanggal 20 April 20002,mengikut due date sepatutnya anak aq lahir 5 Julai 2002 tapi dah ketentuan Allah anak aq lahir tidak cukup bulan iaitu sewaktu usia anak aq 28 minggu dalam perut.Mungkin silap aq juga sewaktu mengandung anak aq ni aq dan suami kerap travel jauh2 1 lagi masa mengandung 2 aq terlalu mengikut hati sangat,dah tak lalu makan asyik muntah aq jarang makanlah apa lagi 2 semua puncalah.Jadi sapa2 yang mengandung 2 janganlah buat macam 2.nnt sapa yang susah????sendiri jugak.Nilah gambar anak aq yang lahir tak cukup bulan dengan berat lahir 1.1kilo kecikkan????hahaha..sampai dyper new born 2 lagi besar dari anak aq.2bulan gak anak aq dok dalam hospital 2.Nasiblah aq ni x kerja jadi dapatla aq tunggu kat hospital.Sampai berat anak aq 1.8 kilo baru boleh kluar,Anak aq 2 pulak ada penyakit lupa bernafas(APNEA)kata dr.la,2 yang lama kat hospital 2.Ada 1 hari 2 anak aq x bernafas susah hati x yah cakapla,tanya nurse lak biasalah hosp. kerajaan,nurse x nak cakap siap boleh marah kita lg,apalagi terus call suami aq kat off.dia.Suami aq terus datang mengamuk juga suami aq kat dr.tanya apa masalah anak kami.Bila dah tahu apa masalahnya suami aq banyak lah mencari info melalui internet,dari situlah kami belajar tentang penyakit2 bayi yang lahir x cukup bulan ni.Ada lagi sambungan nya nntlah aq posting lg.TUNGGU.......http://formulaluarbiasa.com/recommends/Muzamin

Jumaat, 9 Julai 2010

Cara mendaftar anak kat kemas


9 Julai 2010
Hari ni aq gi daftar anak aq kat tabika kemas,tapi x boleh lagi sebab aq kena ambil borang kemas untuk diisi dulu,jadi sapa2 yang nak daftar anak kat kemas 2,kena ingat sebelum masuk bulan 7(JULAI),ambil borang siap2 sebab borang perlu diisi dahulu dan disertai dgn salinan surat lahir anak,kad pengenalan IBU/BAPA dan penyata gaji yang disahkan oleh majikan yang ni penting kalau nak anak kita dapat masuk ke Tabika Kemas sebab nak daftar kat kemas kalau lewat2 x dapat sebab ramai yang nak hantar anak kat sini.Pendaftaran kemas ni biasanya buka bulan Julai,kalau tanya aq pendapat tentang hantar anak kat kemas aq setuju,bukan pasal yuran murah tapi cara pembelajaran dia.Anak2 aq dah 2orang aq hantar kat kemas,masuk sek.keb.dia boleh catchup dengan pelajaran sebab sukatan yang digunakan sama dengan kat kemas.jadi kemas sebagai sekolah makan dah tak boleh pakai.Contohnya anak2 aq diaorang punya periksa boleh dapat 5A paling kurang pun 4A terpulang pada pendapat masing2 adios--> http://formulaluarbiasa.com/recommends/Muzamin

Rabu, 7 Julai 2010

resepi kek mudah cara aq


7 Julai 2010
Hari ni dok2 terasa nak menaip,aha...baru aq teringat nak kongsi resepi kek cara aq.Mudah aja bahan2nya:- 3tepung,3gula,3marjerin(cawan),pastu 5biji telur.Mula2 pukul gula ngan marjerin(pakai mixer cepat skit),dah kembang masukkan tepung ngan telur sikit2 secara selang-seli,dah siap:)senang ajakan???Kalau siapa nak warna-warni asingkan 2 bekas kendian warnakan ikut selera masing2 pastu masukkan dalam loyang secara selang-seli,kemudian masukkan dalam oven bakar pada suhu 180^ selama 1jam dah siap keknya.Hiasannya 2 boleh beli kat kedai kek,pelekat atas kek 2 boleh dimakan utk krimnya:-4biji putih telur,30g.gula halus dan secubit krim of tar tar(ada jual kat pasaraya dlm ti kecil),cubalah mesti jadi sbb aq dah berkali-kali buat.http://formulaluarbiasa.com/recommends/Muzamin

Isnin, 5 Julai 2010

boring


5 Julai 2010
Hari ni birthday fatimah(anak aq yg no.3)yang ke-5.Tapi hari ni aq boringla....ingat nak buat ais krim utk jual,tapi x buat lagi dok mengadap depan komputer ni,aperlah aq ni.rasa cam boring ngan blog ni x boleh nak ekspost lg.Apa mau buat ha...buntu:% nampaknya blog ni dah macam diari aq la pulak.aper2 jelah janji boring2 boleh gak aq buat taip2.Walaupun macam x ader apa pun aq nak taip.http://formulaluarbiasa.com/recommends/Muzamin

Jumaat, 2 Julai 2010

kisah anak


2 Julai 2010
Hari ini aq gi ambil buku rekod anak kat sek.kebangsaan,Syukur melihat keputusan peperiksaan anak2 yang cemerlang dengan 4A dan 5A membuat aq bangga dengan anak2 aq.Sekurang-kurangnya mereka x lah seperti aq yang x pandai sangat kat sekolah dulu heheheh...dalam cerita tentang anak2 ni terfikir tentang kisah anak2,yerlah,ada yang kena buang,ada yang kena dera ada yang kena culik dan ada yang hilang sampai sekrang x jumpa2.kadang difikir kan keselamatan anak2 mmg x terjamin dengan dunia sekarang kan.tengok bayi2 yang kena buang 2,apalah salah(ingat x lagu okid"apa salah merka jika ini masih terjadi kita sama sama membantu melindungi hidup merka...")sedih bila nyanyi lagu 2.ntah apa lah perasaan masa orang2 yang x berperikemanusiaan ni waktu mereka buat dan kemudian campak bayi ni.mereka ingat bayi ni sampah apa yang boleh dicampak ssesuka hati,sepatutnya diaorang yang dicampak dalam tong sampah tu(marah ni hinsxx..)Cerita akhbar semalam ada pasal dera,ni pun 1 x habis2 kalau dah tention 2 pukul lah dinding ka,sepak tembok ka,ini tidak pergi pukul anak yang x berdosa 2.Dah la crita sal anak ni memang x habis sambung lain hari la plak.Wa...hari ni jumaat esok sabtu boleh jalan2 mana nak tahu ada crita yang boleh dikongsi.Jangan lupa ....layari:http://formulaluarbiasa.com/recommends/Muzamin

Khamis, 1 Julai 2010

hari pertama sebagai seorg blogger......kehkehkeh..


1 julai 2010
Hari ni hari pertama aq memulakan blog aq,takut,gabra semua ada.Aq bukannya pandai menulis sangat,tapi apa salahnya aq mencuba kankankan...aq ni sebenarnya seorang surirumah yang tugas aq dok kat rumah buat qeja qumah(semua org tau),ha...jangan ingat dok rumah 2 aq goyang kaki,hantar anak ambil anak sekolah pun aq buat.bayangkan pukul 8.15am aq kluaq hantaq anak,pastu kul 10am karang aq kluaq hantaq anak no.2 lak ambil yg no.1(ckp bhs utaqa la plak)pastu blk aq masak,sbb pukul 11.30am aq nak hantar anak aq yang no.3 gi tadika(sesi petang)dan ambil sekali anak aq yang no.2 kat sekolah agama.Dah balik bagi diaorang makan(anak no.1 dan no.2)aq hantar plak mereka ke sek.kebangsaan.dah settle satu bab,pastu blk aq tunggu lak hubby aq blk makan tengah hari pukul 12.30pm,lepas my hubby gi kerja barula aq mula mengemas rumah yang mcm tongkang pecah kena serang 4 lanun(anak2 aq la 2).Lepas 2 pukul 3.45pm br la aq keluar ambil anak aq yang no.3 kat tadika.6.15pm pulak aq keluar ambil anak2 aq kat sekolah kebangsaan.Macam 2 la kehidupan aq sebagai seorang surirumah.Aq gembira walaupun kerja macam aq ni tak glamour.Nak tahu apa rahsianya layari http://formulaluarbiasa.com/recommends/Muzamin