Khamis, 24 Mac 2011
sekadar mengadu

23MAC2011
Terlalu banyak cerita yang aq alami sepanjang tahun ni:(((((Bapa saudara aq telah kembali kerahmatullah pada 19 mac hari tu,sedihnya masih belum hilang kerana terasa banyak kenangan yang kulalui bersamanya,semasa kecil dan sebelu berkahwin....ahh...memori lama terlalu indah untuk dikenang.....masa....bukannya boleh diputar kembali....kekadang zaman kanak2 memamg seronok...tapi bila melalui episod duka rasa tidak sanggup melaluinya,hidup ini ibarat roda sentiasa berputar dan kadang2 terhenti sekejap bila tidak dipusing.....ohh.....gundah-gulana menyelubungi hidupku,dosakah aq jika kadang terfikir"kalaulah hidup ini seindah dirancang"?ASTAGHFIRULLAHHALA'ZIM....oh....kenapa aq terlalu sedih hari ini?????kematian itu pasti dan aq tidak tahu dimana dan bagaimana penghujungnya..."YA ALLAH berilah aq petunjukMU supaya aq sentiasa dijalanMU"
Jumaat, 21 Januari 2011
8 peringatan untuk manusia

Sekadar mentejemahkan bahasa jawi untuk peringatan bersama
1.Aku hairan sikap orang yang mengetahui adanya maut tapi masih ketawa
2.Aku hairan sikap orang yang tahu segala-galanya berlaku mengikut takdirnya tetapi masihmencintainya.
3.Aku hairan sikap orang yang tahu segala-galanya berlaku mengikut takdirnya tetapi masih berdukacita diatas kehilangan sesuatu.
4.Aku hairan sikap orang yang mengetahui adanya timbangan amal terhadap dirinya tapi masih menimbunkan harta kekayaan.
5.Aku hairan sikapa orang yang mengetahui adanya neraka jahanam tapi masih berani melakukan maksiat.
6.Aku hairan sikap orang yang mengenal zat Allah tetapi masih mengingati sesuatu melain diri-Nya.
7.Aku haran terhadap sikap orang yang tahu adanya syurga tapi masih mencari kemewahan hidup didunia.
8.Aku hairan sikap orang yang menganggap syaitan musuh tetapi masih mentaatinya!!!!
SUMBER:mastika februari 2011(bertulisan jawi)
petikan daripada buku fadilatzikir karya maulana muhammad zakaria
Sabtu, 15 Januari 2011
tip kewangan

gilerr...kan bila tngk duit banyak2 macam ni kan,jangan kata aq pun gilerr...masyukk...:)))apa2 pun aq just nak kongsi ngan korang jerr...tip-kewangan dari aq mudahan dapat memberi manfaat...kita bersama
1.Biar hidup sederhana, rumah sederhana, kereta sederhana, tetapi tak berhutang. daripada hidup mewah, rumah besar, kereta hebat, tapi hutang keliling pinggang dan terkejar2 nak bayar payment setiap bulan! ramai orang 'kaya' hidup gini
2.Bagi yg dah berkeluarga, pengurusan wang adalah tanggungjawab semua- suami/isteri & anak2. kalau anda bijak urus wang, tapi ahli keluarga lain tak pandai- bocor juga. Sering bawa berbincang isu wang dgn pasangan. Mula didikan wang anak2 pada umur yang muda- galakkan mereka menabung & hargai wang yg diberi. Bila bebas kewangan bukan anda sorang2 tetapi satu keluarga
3.Awal tahun, kita sering ada matlamat kewangan. Seperti, pendapatan bertambah dengan 30%... atau tambahkan keuntungan perniagaan kepada RMxxxxx dan sebagainya. Sering fokus pada berapa banyak kita nak DAPAT. Jangan lupa juga, matlamat berapa banyak kita nak JIMAT! Kerana kalau banyak yang kita DAPAT, tapi tak banyak yang kita JIMAT- tak guna juga ;)
4. Apa sahaja yang tidak diingini terjadi, yakin bahawa ada hikmah sebaliknya! Sekiranya tertutup satu pintu rezeki, terbuka lagi beberapa tingkap rezeki! ;)
5.Prioroti utama adalah lindungi diri sendiri dulu dengan simpanan kecemasan sekurang-kurangnya untuk menyara diri (dan keluarga) 3-6 bulan. baru fikirkan, nak melabur, atau nak mulakan perniagaan (yang memakan modal besar) atau beli barangan besar seperti rumah atau kereta baru. Nama pun simpanan kecemasan...kalau takde, memang bahaya untuk diri!
Langgan:
Catatan (Atom)

