Jumaat, 1 Mac 2013

nak buat pasport

Sebenarnya dah lama post pasal pasport ni aq nak kongsi ngan semua,just berkongsi pengalaman...;)))))kalau nak buat pasport ni sebenarnya ada banyak syarat gak sebenarnya.pengalaman mmg selalu mematangkan fikiran kan,sebenarnya mmg dah lama nak buat pasport ni sejak bepindah kat johor ni,tup....tup...bila dah dengar belanjawan 2013 yang anak2 nya pasport dah boleh buat  untuk 2 tahun aja pada harga rm80  tu yang sabar masuk tahun baru tu.Tu yang bila masuk 2013 terus pi buat tuh;))))dan kepada sesiapa[terutama yang ada anak kecik]  yang bercadang nak buat pasport aq cadangkan baikla korang pi ambik gambar kat jabatan imegresen aja...[kat sebelah imegresen skang mmg ada kedai gambar dah]sebabnya..................aq dah kena ngeee.......aq pi ambik kat kedai gambar biasa la kat luar tup....tup dah buat apa semua siap mai tang kelulusan pegawai diaorang terus reject ha....tengok gambar ni
ni gambar yang aq ambik kat luar[dorang reject cam ni tau ka]

ha....tengok gambar kat pasport ni lak[depa nak cam ni la ada background biru tu]
<
<
<
<
<
<
<
<
<
Dah habis satu cerita tup...tup.....cita lain plak.....anak aq yang no 2 tak cap jari lak....hah pulok....dah la tak siap sorang nya pasport anak aq, dah tu bagi syarat lak kena pi hospital kerajaan untuk buat kelulusan doktor yang anak aq tak dak corak kat ibu jari dia huhuhuhu........ tu baru nak buat pasport,sok2 nak buat ic cam no?????????;((((((sok2 aq cita pasal anak yang no 2 na))))) ni dia tak dak,pi sekolah.Nanti ank aq ada leh ambik gambaq dia leh buat conto hehehe......[jumpa lagi na]
 
 
 
 
 
 
 

Isnin, 31 Disember 2012

selamat tinggal 2012







Assalamualaikum.....hari ni dah penghujung tahun 2012,maka esok bermulalah tahun 2013.Sekejap masa berlalu,pejam celik pejam celik dah setahun kita melalui setiap tahun.Kalu nak diflash back  balik banyak perkara besar dan kecik berlaku pada aq dan keluarga pada tahun ni. Bermula dari awal tahun kami sekeluarga mendapat peluang memiliki rumah sendiri setelah hampir 12 tahun aq dan suami berkahwin,ALHAMDULILLAH syukur pada Mu Ya Allah,setelah mendapat tahu kami bakal mendapat rumah apalagi seronok nya hanya Allah jerr yang tahu.....orang tak pernah ada rumah sendiri hehehe;)))))macam2 nak buat mula la ushar kabinet lah,hiasan dalaman la....sampai blog pun dah bersawang punya dok gila menservey....pastu aq sekeluarga balik kekampung nak berkongsi khabar gembira dgn family kat penang,kebetulan pulak bulan 3 ada cuti sekolahaq dan suami sepakat nak bawa anak2 naik keretapi,sementalah aq lak tak pernah menaiki keretapi soo....ambik kesempatan nak rasa naik keretapi.Akhirnya bulan 4 aq sekeluarga dapat berpindah masuk ke rumah baru,masa dok sibok2 persiap masuk rumah baru aq lak mabok2.....mulanya nak beli ubat kat farmasi ja....suami la kata cerr...check dulu ntah2 ada isi....hah kau rezeki tuhan datang sekali ngan rumah baru,tambah ahli keluarga baru dalam hidup kami;)))).Tiba2 sesuatu yang sedih telah berlaku dalam hidup kami apabila MIL aq meninggal pada 24 SEPTEMBER akibat sakit kanser.Dan pada 5 NOVEMBER aq selamat bersalin anak aq yang kelima yang aq namakan Rahmah berkesinambongan dari rahmat yang kami dapat pada tahun ini bersama sama ini aq sertakan gambar2 pada tahun ni so...LAYANZZZ......

Rabu, 21 November 2012

dahhh...selamat bersalinn.....ALHAMDULILLAH




Senyap bertaunn.....tau tau dah bersalin.HAAAAA.....tu la punca senyap dia hehehe...cerita nyaa....mulanya dok sibok ngan nak pindah tup...tup.....tengah dok sibok pindah tu mula mabuk+pening+demam.Seb baik en.hubby  suruh beli pregnent kit dulu,sebab mula ingat nak beli panadol ja lup telan sonangg....hah amekaw cek...cek...2 bar apa cer....apa gi pas tu....senyap terus...FB kemana CV kemana hehehe....takutt....kenan ke anak sat gi keluaq2 dok gila MUKABUKU ngan GAME hah....baru nak haru-biru.Tengok blog sendiri pun dah bersawang,kalau berjambang mau dah berbauk hehehehe....Apa-apa pun layanzz....pic-pic anak aq ni ok.

Selasa, 6 Mac 2012

PINDAH


Sekarang nie tengah dok sibok mengemas sebab taka lam lagi aq sekeluarga dah nak pindah,banyak juga blog2 yang aq walking nak tau info pasal pindah nie,ermm....kalu nak tau pasal pindah ni tak lah susah sangat kat blog2 banyak gak la pasal pindah yang boleh kita dapati.Tapi tu la...sebenarnya kunci rumah baru aq tak dapat2 lagi.Sebenarnya aq ni beli rumah teres yang dah siap,duit muka semuanya dah bayar termasuk duit air sekali,cuma tunggu bank realeasekan duit pinjaman aja kat pemaju aja,tapi tak release2 lagi......fuhh.....lambat ka????Ada sapa2 yang tau pasal ni:((((((