Isnin, 10 Januari 2011
juara AJL25
isnin 10 januari 2011
Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku Lirik
Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita
Macam tak sangka lak ana rafali boleh menang dalan AJL25 semalam,35,000 tu dia sorang,pergh....memang pelapis yuna lah
Khamis, 6 Januari 2011
sesi persekolahan 2011 bermula

KHAMIS,6januari2011
minggu ni sekolah dah bermula maka sibokla aq mengurus anak2 aq ke sekolah tambahan pulah suami aq kena balik ke klang kerana ke mahkamah atas urusan kemalangan yang telah terjadi pada tahun 2006 kes perlanggaran motorsikal dan kereta(nanti aq pos cerita ni kat sini).So aq sorang2 lah nak kena uruskan persekolahan anak2 aq yang 3 ni.Mula bangun pukul 5.30 aq nak kena buat sarapan untuk anak aq yang sekolah pagi.Pukul 7.00pg.aq nak kena hantar dia kat sekolah,pas dah hantar anak yang sulun tu aq balik lipat kain,then gerak anak2 suruh pegi mengaji kat rumah jiran,lepas tu aq mandikan ank aq yang kecik sekali.dah lepas mandikan dia kakak pun dah balik layan dia aq masak makan tengah hari siap2,sebab pukul 10.00pg aqnk hantar anak aq yang ke-2(darjah2)pergi sekolah agama,selepas dah hantar dia aq balik hidangkan makan tengah hari then panggil anak aq no.3 makan.lepas dia dah makan aq suruh dia siap pukul 11.00 pagi aq hantar dia ke tadika sebab dia masuk pukul 11.30.Dah hantar anak aq yang tadika aq tunggu sekejap, dia dah masuk aq tinggalkan dia aq pergi ambil anak aq yang sekolah agama pulak sebab dia keluar pukul 11.30pg.Dah settle aq balik sampai rumah pukul 11.45 aq suruh anak aq makan sebab aq dah hidang masa tu aq dapat lah aq jemur kain yang aq basuh pagi tadi,pukul 12.00tgh hr aq pergilah hantar anak aq yang no2 ke sekolah kebangsaan pulak,ni nasiblah sua aq tak ada jadi bolehlah aq tunggu anak yang sulung keluar pukul 12.40,kalau suami aq kerja aq kena balik pukul 12.00 tu sebab suami aq nak balik makan tengah hari kang pukul 12.45 suami aq pergi kerja aq keluar lah balik ke skolah kebangsaan untuk ambil anak yang sulung.Bila dah sampai rumah aq suruh anak aq makan,pas tu tunggu zohor,dah solat aq hantar anak aq ke sekolah agama lak pukul 1.45tgh hr.sebab kelas pukul 2.00ptg.Dah hantar aq balik kemas meja makan aq mop lak lantai yang dah seminggu tak mop.....ahh...dapat lah rehat sikit,pas ni nak siapkan makan petang lak,(alah...buat kuih simple aja)kang pukul 3.00ptg nak keluar ambil anak yang kat tadika pulak pas tu tunggu sekali anak yang sulung kat sekolah agama sebab dia keluar pukul 3.30ptg.Dah settle balik diaorang makan lah cucur manis yang aq dah buat sebelum kelua ambik mereka tadi.haa....lega baru dapat nak rehat pukul 6.15ptg karang barulah keluar ambil anak yang no.2 kat sekolah(sesi petang).Itulah jadual aq untuk 1 hari ni.Dah lama cuti sekolah bila baru buka ni terasa penat sikitlah tapi dah lama nnt dah ok lah tu.
Selasa, 26 Oktober 2010
RUMAH TERBUKA AQ YG PERTAMA

26.10.2010
Masa raya puasa hari tu aq adalah buat rumah terbuka kat rumah aq.Kalau nak tahu....inilah kali pertama aq buat rumah terbuka kat rumah.Sebelum ni aq duduk kampung pastu kat rumah mak mertua lak,so...aq tak pernah lah nak buat rumah terbuka ka apa bagai lagi ni.So bila dah pertama kali nak buat macam2 lah nak kena beli termos besar untuk nasi la(harganya:RM31-TESCO),pengepit mee(RM4.99-TESCO),jug besar untuk air panas(RM7.99-TESCO)lah,nasib baik termos air sejuk aq dah memang ada,berkat betul termos air tu... orang bagi hadiah kahwin aq ngan suami aq,maunya tak berkat dah kat sepuluh tahun orang bagi baru nak guna.Pastu pinggan,mangkuk,cawan dan sudu garfu semua tu aku beli yang pakai buang ajerr...senang tak payah nak basuh2(tapi kalau ikut tak baguslah kan kat bumi kita) cyan....pun ada gak tapi nak buat cam nerr dah letih pakai aja yang itu.Nasib baik kat johr ni pinggan tu semua tak susah cari kat TJMART tu dia jual murah banyak plak tu savelah budget ckit.Bab mask pulak aq banyak surf kat internet pasal kuantiti masakan yang perlu aq sediakan banyak juga lah info yg aq dapat terutamanya kat -SINI- so aq dengan confidentnya masaklah sendiri hari tu.Yang aq masak sendiri nasi ayam ajalah yang lain aq beli ekspres aja macam nugget,french fries dan drummet satu lagi yang ekspres ialah mee bandong muar aq beli patinya aja kat -SINI-.So malam tu maka datanglah jiran aq kerumah terbuka aq yang pertama.Dan disebabkan rumah terbuka yang pertama dan kat tempat baru so....tak ramailah orang yang aq dan suami aq panggil,hanya jiran2 kat lorong perumahan kami tinggal sahaja so...kesudahannya banyak makanan yang tak habis,jadi aq bungkus2 hantar plak kat jiran2 aq tu,sebab kalau buang sayangla huhuhu...penat aq masak.So ituLAH citerrnya Rumah terbuka ku yang pertama.Jumpa lagi lain kali....TAPI...-jangan lupa masuk sini-
RINDUNYERR.......

26.10.2010
wahhh...rindunyerrr....lama aq tak tulis apa2 kat blog aq ni dr bulan puasa,raya ni dah nak masuk raya haji dahh.....rindu plak tangan ni nak menaip kat atas papan ni.ISHH...apa yerr...aq nak citerr erkk...emm............haa.....nak citerrlah pasal rumah terbuka kat rumah aq masa raya hari tu.
Langgan:
Catatan (Atom)

